Thursday, April 29, 2010

practical...oh n0o!!!

26 APril 2010 tak kan ku lupakan.tarikh keramat tu..mane tak yer, macam tak percaya jek sekarang ini aku tengah bekerja...hakhak =p
bayangkan sepanjang aku hid0p kt dunia ni * 20 tahun 1 bulan 3 hari kt perut mak 9 bulan itu tak payah kira lah ae..hehe aku tak pernah pun kerja.
aku wat practical kt utm,jauh gak dari rumah aku ni =( uuu~~ s0 skang ni aq stay kat rumah member aku. nama die emy, cun tau..tapi sape2 yang nak ngurat die tu, mintak maaf bebanyak lah ae coz da berpunye.hehehe
ni nak citer pengalaman masa first time datang..wow, tangan aku ini da sejuk semacam k0t..pertama kali lah katakan. then masa time salam2 dengan office mate itu kan ada kakak tegur, "dik sejuk yer tangan" OMG, segan bt0l aku time itu..
hehe first day until semalam khamis aq dengan emy stay kat bilik boss..
boss die baik gler, suke aku..then kakak2 kat sini semua yer peramah n baik2 belaka..
task pertama kitorg kt sini ialah kena pasang pc siap2 for the whole day..
then, esok yer kitorg bz sikit coz dapat keje banyak gler, kena format file dari excel ke pdf sbyk 300 copies.
yang syiok yer kat sini..kalo xde keje o pape..bersinggang lah kitorg..melayan tenet..
hek3 =0 k lah..tu jek kot untuk hari ni..

syahdu yer..




quotes f0r t0day

Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri…

1. Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

2. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

3. Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

4. Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

5. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

6. Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

7. Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

8. Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

9. Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

10. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

11. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

12. Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

13. Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

14. Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

15. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
16.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

17. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

18. Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

19. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

20. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

21. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

22. Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

23. Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

24. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung 25. antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

26. Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

27. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.