Monday, May 31, 2010

oh !! hebatnya cokolat...



HEBATNYA KOKO!

KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO


1) Makanan Lengkap dan Seimbang

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

2) Benteng Kerosakan Gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

3) Bukan Penyebab Kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

4) Baik Untuk Jantung

Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.

Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5) Mengawal Tekanan Darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

6) Mengawal Kencing Manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis.

Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

7) Menghalang Jerawat dan Parut

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut.

8) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

9) Baik Untuk Kulit

Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

10) Menguatkan Tenaga Batin

Walaupun belum ada bukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat dapat mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia anugerah semula jadi paling enak.


JENIS-JENIS COKLAT

1) Coklat Kouvertur (Couverture)

Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama, iaitu massa koko dan lemak koko, lebih dikenali sebagai kouvertur atau coklat tulen yang bermutu tinggi. Biasanya coklat jenis ini digunakan golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.

2) Coklat Kompaun (Compound)

Bagi menghasilkan coklat yang lebih murah, bahan utama seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala lemak koko gantian (lemak yang diperah daripada kelapa sawit) mengambil tempat lemak koko asli. Coklay yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat kompaun. Coklat kompaun lebih senang dikendalikan berbanding coklat kouvertur dan mudah ditemui kerana ada banyak dalam pasaran. Sebahagian coklat kompaun yang tinggi mutunya boleh menandingi rasa dan tekstur coklat kouvertur.

3) Coklat Berperisa

Dalam pasaran sekarang tersedia banyak coklat berperisa dan berwarna. Ini adalah coklat putih yang dibubuh perisa perisa dan diwarnakan, seperti coklat perisa strawberi yang berwarna merah jambu, coklat perisa oren yang berwara jingga dan pelbagai perisa lagi.

4) Coklat Tanpa Gula (Coklat Diabetik)

Bagi menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula pula, bahan utama iaitu gula biasa (sukrosa) digantikan dengan gula tiruan seperti Maltitol, Sorbitol dan Isomalt. Bahan-bahan lain kekal sama seperti pembuatan coklat kouvertur.

Oleh yang demikian coklat tanpa gula masih lagi mengekalkan rasa manisnya tetapi gula yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Biasanya coklat jenis ini agak sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal berbanding coklat biasa.

Thursday, May 27, 2010

surprise and serious




THE LIFE AND DEATH OF KEVIN CARTER


Visiting Sudan, a little-known photographer took a picture that made the world weep. What happened afterward is a tragedy of another sort. ...

BY SCOTT MACLEOD/JOHANNESBURG The image presaged no celebration: a child barely alive, a vulture so eager for carrion. Yet the photograph that epitomized Sudan's famine would win Kevin Carter fame - and hopes for anchoring a career spent hounding the news, free-lancing in war zones, waiting anxiously for assignments amid dire finances, staying in the line of fire for that one great picture. On May 23, 14 months after capturing that memorable scene, Carter walked up to the dais in the classical rotunda of Columbia University's Low Memorial Library and received the Pulitzer Prize for feature photography. The South African soaked up the attention. "I swear I got the most applause of anybody," Carter wrote back to his parents in Johannesburg. "I can't wait to show you the trophy. It is the most precious thing, and the highest acknowledgment of my work I could receive."

Kevin Carter



Kevin Carter: South African photojournalist (b. Sept. 13, 1960, Johannesburg, South Africa - d. July 27, 1994, Johannesburg)

Wednesday, May 19, 2010

Hanya tinggal kenangan..






Kenangan ..kenangan mengabur ke dalam mimpi...
Cahaya menyuluh kebenaran dengan kesamaran...
Langsung tiada kemaafan. Segalanya menjadi hampa...
Diselubungi kesepian...
Dan tidak boleh berpatah balik...
Tempat-tempat anda bermain...
Tempat-tempat yang anda panggil sebagai rumah...
Orang -orang yang anda sayangi...
Kesemua mereka...
Hanya tinggal kenangan untuk kehidupan yang lain...
Kehidupan yang tidak pernah anda alami...
Semua kenangan yang tidak akan membawa masa hadapan...
Masa hadapan...
Yang tidak pernah datang daripada semalam...
Satu permulaan baru...
Kerana “selamanya”...
Tidak akan bertahan selamanya...

Tuesday, May 18, 2010

Monday, May 17, 2010

DIVINE BOOK PART 2(Nabi Isa didalam Al-Quran)

Sebagai Islam dan Kristian telah selalu dianggap sebagai musuh-musuh ketat selama 1400 tahun. Kekal bertengkar sehinggalah hari kiamat di mana pada hari pembangkitan, Tuhan akan menamakan pemenangnya. Pertengkaran budaya ini telah menegangkan lagi hubungan antara kedua-dua agama ini yang merangkumi peperangan salib, hinggalah peperangan atas nama keganasan. Kisah-kisah ketidakpercayaan yang kadangkala bertukar menjadi kemarahan dan hanya boleh diselesaikan dengan peperangan. Namun, terdapat lagi satu kisah..ia adalah kisah yang dikaitkan dengan seorang lelaki yang berbillion Muslim dan Kristian percaya dan menggelarnya, Nabi Penyelamat tetapi dengan cara yang berlainan iaitu Jesus (Nabi Isa). Agama Kristian tidak ada hak penuh untuk mengaku Nabi Isa hak milik Kristian kerana baginda juga salah seorang Nabi yang dihormati di dalam Islam. Kisah-kisah kelahiran, kehidupan dan kematian Nabi Isa mungkin kurang selesa bagi penganut Kristian yang hanya segelintir tahu berkenaanya. Seseorang tidak boleh memeluk Islam selagi dia tidak percaya akan Nabi Isa. Jumaat adalah hari suci bagi umat Islam dan di London, umat Islam berkumpul untuk bersolat. Ia adalah satu kewajipan yang harus ditunaikan di London dan juga di setiap masjid yang lain di dunia.

Di dalam Negara-negara Islam, Jumaat adalah hari cuti, namun di Britain mereka bergegas keluar dari pejabat untuk pergi ke masjid. Ramai yang akan terlepas mendengar khutbah yang akan disampaikan dan bagaimana untuk mengambil iktibar dari Nabi isa. Imam Ahmed Saad (Imam, North London Cental Mosque)berkata, Kita mengingati Nabi Isa (A.S) kerana terdapat sesuatu yang unik denganya. Beliau menambah lagi, jika kamu mahu memperkenalkan Islam kepada seseorang kamu perlu memberitahunya dengan penuh kepercayaan, kamu perlu berkata: “Saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah dan saya juga bersaksi bahawa Nabi Isa adalah hamba dan pesuruh Allah seperti juga Muhammad!”. Jika kamu betul-betul muslim, kamu mesti percaya akan para nabi yang lain. Kamu kena percaya dengan Nabi Isa dan Nabi Musa, dan kami betul-betul percaya akan mereka. Kami memahami bahawa Nabi Isa amat-amat penting dalam Islam dan dalam Quran juga terdapat banyak bahan yang bercerita tentang baginda. Nabi Isa memulakan dakwah dan Muhammad melengkapkanya, pengakhiran baginya. Ia macam satu agama! Al-quran memanggil Jesus sebagai Nabi Isa dan merujuknya sebagai seorang anak kepada Maryam. Ini berlainan dari Kitab Injil yang merujuk Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Baginda diberi begitu banyak nama di dalam Al-Quran seperti “kata-kata Tuhan” dan juga”Jiwa Tuhan” tetapi terlalu banyak kali baginda dipanggil Isa anak kepada Maryam, Isa anak kepada Maryam, Isa anak kepada Maryam kerana baginda dilahirkan tanpa seorang ayah. Kehidupan Nabi Isa yang ringkas mendapat perhatian kebanyakkan muslim hari ini. Muslim mempelajari tentang Nabi Isa melalui Al-Quran iaitu kitab suci. Dan juga daripada hadith yang merupakan pengumpulan kata-kata dari Nabi Muhammad. Seorang pengkaji agama, Karen Amstrong mengatakan “Berulang–ulang kali Tuhan berkata di dalam Al-Quran bahawa Al-Quran tidak diturunkan untuk menghapuskan ajaran kitab Injil ataupun mana-mana kitab yang lain”. Didalam Al-quran juga Tuhan berkata:”Kami menceritakan kisah-kisah yang paling benar kepada kamu”.
Kebanyakkan kisah yang terdapat di dalam kitab Injil, boleh juga dijumpai di dalam Al-Quran. Terdapat kisah tentang mukjizat Nabi Isa, terdapat juga satu surah yang dinamakan Maryam. Satu perkara di dalam Quran yang mungkin kamu akan perasan ialah kebanyakkan watak yang kita jumpai di dalam kitab Injil juga terdapat di dalam Quran! Seperti Adam, Habil dan Qabil, Zakaria ada disitu, Ilyas juga disitu, Sulaiman ada, Daud ada, Firaun ada, Yahya juga ada, Nabi Isa, Musa, Nuh, Ibrahim, dan lain-lain. Tetapi kamu akan jumpa versi-versi yang diperbaharui tentang kisah mereka yang kadangkala berbeza dari kitab Injil.

• Isi penting 1 (watak-watak utama kitab Injil juga merupakan watak-watak utama Al-quran)
• Isi penting 2 (kepentingan Nabi Isa di dalam Al-Quran)

Nabi Isa disebutkan sebanyak 154 kali didalam Quran, dalam 19 surah! Lebih banyak dari Nabi Muhammad sendiri!

Quran 3:45-51 surah Al-Imran (The Family of Imran)
(Ingatlah ) ketika Malaikat berkata:”Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan kalimah Allah, nama anak itu: Al-Masih Ibni Maryam, seorang yang terkemukan didunia dan akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang diberi kemuliaan oleh Allah.(Al-Imran:45)”

Dan juga Maryam binti Imran yang telah memelihara kehormatan dan kesucianya: maka Kami perintahaln Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya roh (ciptaan) Kami; dan ia mengaku kebenaran Kalimah-kalimah Tuhanya serta kitab-kitab Nya; dan ia menjadi orang yang tetap taat. (At-Tahriim:12)

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat..(Az-Zukhruf:61)

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Quran) dengan mengandungi kebenaran yang mengesahkan isi Kitab-Kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan ia juga yang menurunkan Kitab Taurat dan Injil. (Al-Imran:3)

“Kami telah memberi Muhammad ilham sebagaimana Kami memberikanya kepada Nuh dan nabi-nabi selepasnya; Kami memberi ilham kepada Ibrahim, Ismail,Ishak, Ya’kub dan lepada kaum Nabi Isa, Ayub, Yunus dan Sulaiman dan juga Daud.”
Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah, dan juga kepada apa yang telah disampaikan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan lepada Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub dan anak-anaknya dan juga kepada Nabi Isa, Musa dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka dan kami semua adalah Islam (yang tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.(Baqarah:135-141)

Sudah tiba masa kamu bangun dan sedar bahawa kamu mengikut ajaran dan pesanan yang sama yang datang dari tuhan yang sama, menyokong matlamat yang sama. Namun, mengapa semua pesanan ini tidak pernah didedahkan? Mengapa kisah ini tidak diceritakan kepada orang ramai? Mengapa kita telah selalu diajar untuk menganggap diri kita semua berlainan dan lebih bahaya lagi, sebagai musuh? Kerana memecah-belah dan memerintah adalah motonya dan mencipta perbezaan dan pembahagian adalah salah satu alat berguna kepada mereka yang berkuasa.

Seorang imam di Britain menyampaikan ilmunya kepada kanak-kanak yang masih muda..ianya berbunyi, Allah memberitahu Nabi Isa(A.S) dan memberinya beberapa peraturan baru! Allah memberinya sebuah kitab yang bernama Injil sama seperti Dia memberikan Al-quran kepada Nabi Muhammad selepasnya. Apa yang saya tekankan ialah persamaan di antara Islam dan Kristian. Ianya perlulah diajar kepada anak-anak kita supaya apabila mereka membesar nanti mereka boleh mula memahami bahawa kita semua berasal dari sumber yang sama dan kita juga mempunyai pandangan yang sama.
Kita sebagai Muslim, perlu betul-betul percaya akan Nabi Isa ibni Maryam seperti kita percaya baginda akan kembali sebagai seorang Nabi di akhir zaman.

DIVINE BOOK PART1 (CABARANYA)

The Divine Book ialah, sebuah perjalanan yang akan menerokai Al-Quran dalam usaha memahami isu kandunganya yang mengagumkan. Sheikh Ahmed Deedat telah menerangkan bahawasanya agama-agama di dunia boleh dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu, yang pertama dipanggil agama-agama Aryan, dan keduanya dipanggil agama-agama Semitik. Antara agama-agama Aryan ialah agama Hindu, Buddha, dan Zoroastrian. Itu semua dari golongan Aryan. Manakala, antara agama semitik pula ialah agama Yahudi, Kristian, dan Islam. Gabungan ketiga-tiga kepercayaan ini merangkumi atau berasakan kesatuan Tuhan. Kerana di dalam ASAS ajaran agama Nabi Musa, Isa, dan Muhammad S.A.W tidak ada walau satu pun perbezaan!! Tuhan telah mengurniakan manusia dengan logik dan akal fikiran. Dengan melalui 2 alat inilah manusia akan dapat mencapai kebenaran dan kebijaksanaan sejati. Bagaimanapun, diantara PENGGOLONGAN agama, terdapat banyak perbezaan. Apabila saya(Sheikh Ahmed Deedat) berkata tiada perbezaan diantara ASAS agama-agama ini, saya bermaksud seperti suruhan pertama. Suruhan pertama yang diberi oleh Tuhan Maha Besar kepada Nabi Musa. Didalam bahasa Hebrew ada menyebut yang bermaksud, sinilah Israel, Tuhan kita, Tuhan kita Maha Satu. Lebih kurang 1350 tahun selepas itu seorang lelaki dari kaum Yahudi dating kepada NAbi Isa(A.S) dan menyoal baginda “Tuan, apakah suruhan pertama agama?” Nabi Isa menjawab dalam bahasa Hebrew, “Sinilah Israel, Tuhan Kita Maha Satu”. Baginda mengulangi perkataan-perkataan sama yang telah dikatakan oleh Nabi Musa 1300 tahun yang dahulu! Kerana didalam ASAS-ASAS agama dan kepercayaan, tiada apa yang beza sekalipun. Baginda mengesahkan kata-kata dari Nabi Musa. Lebih kurang 600 tahun selepas Nabi Isa..seorang wakil Kristian datang kepada Nabi Muhammad di Madhinah. Mereka berdua berbual selama 3 hari 3 malam, di Masjid Nabawi iatu Masjid Nabi Muhammad. Didalam perbualan mereka, wakil Kristian itu mengemukakan satu soalan kepada Nabi Muhammad..”Beritahu saya, apakah konsep kamu tentang Tuhan?” dan baginda Nabi Muhammad (S.A.W) membalas: “Katakanlah: “(Tuhanku)” ialah Allah Yang Maha Esa;” (Surah Al-Ikhlas:1) Nabi Muhammad berkata “Ahad” yang bermaksud SATu-SATUNYA..Nabi Isa berkata “Ikhad” yang bermaksud SATU-SATUNYA..Nabi Musa berkata “Ikhad” yang bermaksud SATU-SATUNYA. Apa bezanya? Ia adalah perkataan sama yang maksudnya juga sama, fikirkanlah.

Sunday, May 16, 2010

hendak seribu daya....

OAKLAND (California): Tidak pernah terlewat untuk sesiapa memperoleh diploma dari pusat pengajian tinggi - itu yang dibuktikan seorang wanita dari San Leandro, Hazel Soares.



Kini berusia 94 tahun, Hazel adalah seorang daripada kira-kira 500 penuntut yang menerima diploma dalam majlis konvokesyen Kolej Mills, semalam.


Menurut Hazel, dia mengambil masa agak lama menamatkan pengajian kerana sentiasa sibuk.


“Namun, akhirnya saya berjaya dan saya amat gembira,” katanya.


Hazel yang mempunyai enam anak dan 40 cucu serta cicit dipercayai orang kedua tertua di dunia berjaya menamatkan pengajian di peringkat kolej.


Orang tertua pernah menamatkan pengajian di peringkat itu adalah wanita Kansas, Nola Ochs, kini 98, yang menerima ijazah sarjana dari Universiti Fort Hays tiga tahun lalu.


Lahir di Richmond, California, pada 1915, Hazel berkata, dia memang berhajat melanjutkan pengajian ke peringkat kolej selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Tinggi Roosevelt pada 1932.


Bagaimanapun, katanya, disebabkan ketika itu Amerika Syarikat dilanda kemelesetan ekonomi parah, niatnya terhalang.


“Dalam keadaan begitu pun, saya tak pernah berputus asa,” katanya.

Hazel berkahiwn dua kali, membesarkan enam anak dan bekerja sebagai jururawat serta penganjur majlis sebelum bersara.


Hanya selepas itu dia memutuskan untuk menjadikan impiannya satu realiti.


Dia menghabiskan masa enam tahun mengikuti kursus di Kolej Chabot di Hayward sebelum mendapat ijazah bersekutu ketika berusia 85 tahun.


Hazel diterima masuk ke Kolej Mills pada 2007.

Anak bongsu Hazel, Regina Hungerford, berkata mereka amat kagum dan bangga dengan pencapaian wanita berkenaan.


“Perkara terpenting yang kami pelajari adalah, kita tak pernah terlalu tua untuk belajar,” katanya.


Speaker Parlimen AS, Nancy Pelosi, turut mengucapkan tahniah kepada Hazel selepas menyampaikan ucap utama pada majlis konvokesyen berkenaan.


Hazel turut mendapat sorakan daripada rakan sekuliah serta lebih 40 ahli keluarga.


Walaupun berusia lanjut, Hazel masih memandu sendiri dan bertemu doktor tiga tahun sekali serta tidak makan sebarang ubat-ubatan.


“Saya sendiri tak tahu bagaimana usia saja begini lanjut,”

*bak pepatah Melayu...dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Saturday, May 15, 2010

petua menjelang peperiksaan



salam, disini saya ingin berkongsi bersama pembaca yang bakal menghadapi peperiksaan yang bakal tiba x lama lagi.good luck and do your best to your exam!!




Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.



Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.



Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Friday, May 14, 2010

amalan hindari pukau

KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar mengenai pukau. Pukau boleh terjadi di mana saja, bukan saja di rumah, bahkan sewaktu kita berjalan-jalan. Pukau juga boleh dilakukan dengan banyak cara seperti sentuhan, renungan mata dan banyak lagi yang kita tidak ketahui kecuali pengamal pukau berkenaan.

Kita juga sering dihadapkan dengan amalan melindungi diri daripada pukau menurut petua nenek moyang seperti meletakkan penyapu terbalik di belakang pintu rumah. Adakah pendapat itu benar dan apakah pandangan daripada sudut Islam? Apakah amalan baik (doa) yang boleh melindungi diri dan rumah daripada terkena pukau?

Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.


Mereka yang mengamalkannya dan memudarat pada manusia sebagaimana difatwakan oleh ulama pada 11 Oktober 1993 sebagai berdosa besar dan wajib dihukum.


Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.

Falaq.JPG

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
  2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
  3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
  4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
  5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir

kaitan batu nisan, yakjuj&makjuj

persoalan yang dijawab oleh Dr. Mashitah...mari kita kongsi bersama.

ADAKAH benar tidak digalakkan meletak nama di atas batu nisan kerana ditakuti Yakjuj Makjuj akan memanggil roh si mati di akhir zaman nanti.Ini dikatakan adalah antara sebab mengapa kubur di Johor banyak dibuang nama dan diganti dengan nombor saja??

jawapan:

Saya belum lagi berjumpa dengan hadis atau sebarang kata-kata yang menjelaskan bahawa nama di nisan orang mati tidak boleh diletakkan kerana bimbang akan dipanggil Yakjuj dan Makjuj seperti yang dinyatakan. Nama di batu nisan asalnya diletakkan bagi memudahkan mereka yang hidup seperti ahli keluarga menziarahi dan mengenali kubur saudara mara. Jika sistem lain dirasakan lebih memudahkan seperti sistem nombornya misalnya maka tidak menjadi masalah melakukannya demi memudahkan, tetapi bukan kerana alasan yang disebutkan tadi.

Wednesday, May 12, 2010

kehidupan yang bergelar insan

salam...pada post kali ini aku ingin menyentuh sedikit tentang kehidupan kita yang bergelar insan..dalam menghadapi kehidupan sehari-harian kita ini pelbagai ragam manusia yang kita temui dan harungi. kadang aku merasa tidak adil dengan apa yang berlaku, lihat sajalah ada yang kaya ada, yang sederhana dan juga miskin, ada yang jahat ada juga yang baik tidak ketinggalan juga ada yang pertengahan..tetapi itulah realiti hidup kita didunia ini, dan aku sedar setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebalik tembok kukuh yang terbina ini. manusia dikurniakan dengan akal, jelas menunjukkan bahawasanya kita berbeza dengan makhluk ciptaanNya yang lain..tetapi, mengapa mereka tidak dapat berfikir dengan waras?? adakah ianya kerana faktor sekeliling yang mendesak untuk melakukan perkara2 yang tidak berfaedah serta memudaratkan diri..adakah ianya didorong kerana untuk menutupi kesalahan dan kesilapanya sendiri. bagi golongan yang baik2 atau sederhana tingkatkanlah kelakuanmu itu..bagi yang tidak tergolong, perbaiki lah diri sebelum terlambat.sebagai insan yang cemerlang kita seharusnya bertanggungjawab untuk membantu insan yang tidak mendapat dorongan dan lemah, jangan pula kita menindas dan mempergunakan mereka sebagai satu bahan uji kaji yang yang membolehkan kita bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan hati dan perasaan mereka.bagi golongan2 tersebut sedarlah bahawasanya kita semua adalah makhluk ciptaanNya yang ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi yang indah ini.bantulah mereka yang tidak berupaya membina kehidupan dan menikmati kehidupan seharian dengan hati yang senang. sejujurnya, didunia yang serba moden ini...tidak mudah bagi kita untuk mengharungi kehidupan seharian..tetapkan lah iman didada..jangan sampai alpa dengan hiburan2 yang boleh menenggalamkan hati dengan warna2 kehitaman..sebagai insan salinglah kita ingat mengingati..aminnn

Tuesday, May 11, 2010

Mulakan Perniagaan Internet Tahun 2010



Mulakan Perniagaan Internet Tahun 2010



Salam hormat kawan-kawan;
Baru-baru ini saya telah terjumpa dengan sebuah website yang menawarkan pakej pembelajaran
online, BISNES INTERNET.


Ilmu yang diberi memang superbagus. Dah lah bahasa yang digunakan sempoi sahaja.

Apa yang lebih menarik, ilmu ini disampaikan oleh IM (internet marketing) tempatan, Raja Kamil. Nak dijadikan cerita, beliau sanggup mengajar secara PERCUMA.

PERCUMA tu beb...sila cliks link tajuk diatas untuk mempelajarinya...=)

Saturday, May 8, 2010

betulkah layu dalam melayu??



listen to this s0ng...and we can get the answer..

perintah bertudung

salam..last week, ada seorang rakan aku telah mengetagged aku di FB berkenaan perintah bertudung..and aku berasa bertanggungjawab untuk berkongsi apa yang dia bagi di blog ini..

ya! bertudung itu memang wajib, kerana perintah bertudung itu adalah daripada perintah Allah sendiri!:

Allah berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

(Surah al-Nur, ayat 31)

ayat di atas jelas menunjukkan bahawa semua perempuan islam wajib bertudung, tetapi AWAS!, jangan kita terlalu gembira, sehingga melupakan daratan, bahkan kita perlu bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

(Surah Ar-Ruum ayat 36)

mereka yang tidak bertudung, memang teramat rugi besar, kerana mereka tidak dapat merasakan betapa nikmatnya menutup aurat, betapa indahnya ikut suruhan atau perintah Allah...tetapi, kita sebagai orang yang mengetahui, sepatutnya menasihati dan mengajari mereka, bukan kita mengherdik atau memperlekehkan mereka.

disini saya meletakkan antara sebab-sebab atau alasan 'lain' kenapa mereka enggan bertudung:

ada diantara mereka tidak pernah tahu bahawa menutup aurat atau memakai tudung itu adalah satu perkara wajib bagi setiap perempuan islam yang telah mencapai akil baligh, dan juga ianya daripada Allah, apa yang menyedihkan lagi, ada juga diantara mereka keliru apabila melihat ada yang bertudung, dan ada yang tak bertudung, mereka keliru dan mereka beranggapan bahawa pemakaian tudung bukanlah satu kewajipan, tetapi hanya sekadar satu 'fesyen' atau 'adat' orang arab!, nak pakai pun boleh!, tak nak pakai pun boleh!, WALLAHI saya teramat sedih dengan mereka yang tidak mendapat ajaran Islam yang sebenar.

ada setengah mereka yang bertudung bongkak dan angkuh, seolah-olah Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka!, tapi sayangnya, mereka masih belum jelas dan masih belum memahami hakikat menutup aurat.

sedara sedari, cuba kita buat survey terhadap mereka yang bertudung, tanyakan pada mereka kenapa mereka bertudung?, pasti kita akan dapati berbagai-bagai jawapan, malangnya kebanyakan jawapan tersebut tidak menepati Islam. Bahkan kalau kita tanyakan pada mereka, berikan satu ayat daripada Al-Quran yang memerintahkan kewajipan bertudung, nescaya ramai takkan dapat memberikan ayat tersebut, malah surah dan ayat keberapa pun mereka tidak mampu berikan.

Jadi bersikaplah neutral, berlapanglah dada, buatlah sesuatu ikhlas untuk mendapatkan keridhoaan Allah, dan bantulah mereka yang perlukan bimbingan dan panduan, nasihatlah mereka yang memerlukan secara ilmiah.

Saturday, May 1, 2010

kasih sayang se0rang adik

Kasih Sayang Seorang Adik
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak."Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg... ...sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ...."Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak... ...Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi... aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria

terima kasih guruku =p

nasheed fr0m maher zain

1 MEI??

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

hid0p sebelum mati

HIKMAH KEMATIAN

dari HARUN YAHYA



Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahwa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?
Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Coba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan modern ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berpikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan. Kehidupan diartikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya!
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.
Dimulai saat anda menghembuskan napas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.
Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.
Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeda yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di kantor akan dibuang atau diarsipkan. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.
Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteri-bakteri dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.
Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.
Singkatnya, “onggokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bagian dari tanah.
Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?
Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting
Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyadarkan dirinya bahwa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyadari bahwa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus paham akan kematian tubuhnya - yang ia coba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.
Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Asumsi yang menyatakan bahwa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau karena kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berpikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berpikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.
Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat di kantornya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terpikirkan oleh mereka bahwa koran esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahwa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:
Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)
Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

Analogi Perang Pemikiran (Ghazwul Fikri) Terhadap Umat Islam

sekadar ingin berkongsi tentang apa itu sebenarnya "Perang Pemikiran" dengan korang...and bagi aku penulisan ini amat terkesan kepada si pembacanya..renungkan bersam and i hope u all can get s0me idea and input about what was happen in nowadays..

Analogi Perang Pemikiran (Ghazwul Fikri) Terhadap Umat Islam

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di
tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada penghapus. Sang guru
berkata, "Saya punya permainan… Caranya begini, di tangan kiri saya
ada kapur, di tangan kanan ada penghapus. Jika saya angkat kapur ini,
maka berserulah Kapur!", jikasaya angkat penghapus ini, maka
berserulah "Penghapus!".
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat. Beberapa saat kemu dian sang guru kembali berkata, "Baik
sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah
"Penghapus!", jika saya angkat penghapus, maka katakanlah "Kapur!".

Dan dijalankanlah adegan seperti tadi, tentu saja murid-murid
kerepotan dan kelabakan, dan sangat sulit untuk merubahnya. Namun
lambat laun, mereka bisa beradaptasi dan tidak lagi sulit. Selang
beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada
murid-muridnya. "Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang
haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.
Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai
cara, untuk membalik sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan
sebaliknya. Pertama-tama mung kin akan sulit bagi kita menerima hal
tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik
oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan
kalian mulai mengikutinya.
"Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik nilai. Pacaran
tidak lagi sesuatu yang tabu, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian
mini menjadi hal yang lumrah, sex before married menjadi suatu
hiburan, tari-tarian adat menjadi kebangaan, materialistis dan
permisive kini menjadi suatu gaya hidup pilihan, tawuran menjadi trend
pemuda… dan lain-lain." Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari,
kalian sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Ibu Guru kepada
murid-muridnya. "Paham buu…"

"Baik permainan kedua…" begitu Bu Guru melanjutkan. "Bu Guru punya
Qur'an, Ibu letakkan di tengah karpet. Nah, sekarang kalian berdiri di
luar karpet. "Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an
yang ada di tengah tanpa menginjak karpet?"
Nah, nah, nah. Murid-muridnya berpikir keras. Ada yang punya
alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru
memberikan jalan keluar, ia gulung karpetnya, dan ia ambil Qur'annya.
Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet.
"Anak-anak, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya… Musuh-musuh
Islam tidak akan menginjak-injak kalian dengan terang-terangan… Karena
tentu kalian akan menolaknya mentah mentah. Premanpun tak akan rela
kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung
kalian perlahan-lahan dari pinggir, sehingga kalian tidak sadar."
"Jika seseorang ingin membangun rumah yang kuat, maka dibangunnyalah
pondasi yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah
aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah
kalau membongkar pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding
akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, lemari disingkirkan
dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan…"
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghantam terang terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mencopot
kalian. Mulai dari perangai kalian, cara hidup kalian, model pakaian
kalian, dan lain-lain, sehingga meskipun kalian muslim, tapi kalian
telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan
itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (invasi pemikiran). Dan
inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kalian… Paham anak-anak?"
"Paham buu!"
"Kenapa mereka tidak berani terang-terangan menginjak-injak Islam,
Bu?" tanya seorang murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terangan
menyerang, semisal Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi
sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam, Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sadar, akhirnya ambruk. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." Kalau saja
ummat Islam di Ambon tidak diserang, mungkin umat Islam akan lengah
terhadap sesuatu yang sebenarnya selalu mengincar mereka. Paham
anak-anak?" "Paham Buu.."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang…" Matahari bersinar terik tatkala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya.

barang hilang?? jangan putus asa..try amalkan kaedah ni =p

Buat sesiapa di luar sana yang kehilangan barang akan tetapi setelah sedaya upaya berusaha mencari tetapi masih tidak berhasil, maka beralihlah..berdoa, memohon dan berzikirlah kepadaNya setelah segala usaha menemui jalan buntu bagi mendapatkan semula barang yang hilang itu.

Nama-nama Allah SWT (Asmaul Husna) dan fadhilat serta khasiat amalannya.


As-Somad (Maha Diperlukan)
Allah SWT tempat mengadu dan meminta jika seseorang itu memerlukan sesuatu yang perlu diselesaikan atau segala kecelakaan yang patut dihindarkan. Segala makhluk yang ada di alam semesta ini, baik di langit atau di bumi, menumpukan pengharapan mereka kepada Allah SWT.

Sesiapa yang selalu menyebut Ya Somad kebetulan dia adalah orang yang kehilangan barang, Insyaallah barang yang hilang itu akan kembali atau ditemukan semula.

Al-Mu'id (Maha Mengulangi)
Maksudnya menumbuhkan kembali setelah matinya, lenyapnya atau rosaknya. Allah SWT juga lah yang akan membangkitkan kembali orang-orang yang sudah mati di padang mahsyar nanti.

Sesiapa yang membaca Ya Mu'id sebanyak 124 kali sebelum mengerjakan solat fardhu lima waktu, Insyaallah barangnya yang hilang itu akan kembali.


Al-Jami' (Maha Mengumpulkan)
Mengumpulkan pelbagai hakikat yang telah bercerai berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia di padang mahsyar nanti.

Sesiapa yang membaca Ya Jami' berulang-ulang, insyaallah dia akan menemukan barangnya yang hilang.

ps: Cuba berkongsi sedikit ilmu yang ada.

adam..maafkan hawa

ADAM...
maafkan HAWA jika coretan ini membuat ADAM tidak senang duduk...
maafkan HAWA jika ADAM tak dapat nak terima apa yang ingin HAWA titipkan untuk ADAM...
maafkan HAWA jika ADAM rasa HAWA berfikiran kolot dan tak up to date...
maafkan HAWA jika ADAM terasa ingin buang dan keronyok kertas kaku ini...
maafkan HAWA jika teguran HAWA ini mengundang menyampah dihati ADAM...

terimalah HAWA seadanya ADAM...
bimbinglah HAWA kejalan Nya...
HAWA merindui ketenangan dalam pelukan dan bisikan ayat-ayat cinta yang disulami kata-kata indah pujian Rabb...

ADAM...
Adakah kau benar-benar ta’rif tentang erti dayus?
Lelaki dayus adalah membiarkan ibu, isteri, adik perempuan, kakak malah saudara perempuannya melakukan maksiat tanpa ada usaha untuk menasihatkan dan membetulkan khilaf dan kejahilan mereka.
Maksiat yang bagaimana? Terlalu banyak maksiat hingga kita tidak sedar.
Bukankah lelaki dayus itu antara 70 dosa-dosa besar?malah ALAH mengharamkan syurga kepada lelaki dayus.
Jika tidak ke syurga, kemana lagi tempat tuju kau ADAM ? Sudah tentu ke neraka bersama syaitanirrajim...
Naudzubillah...

ADAM...
Kau bertanggungjawab keatas HAWA. Bukankah HAWA itu isterimu?ibumu?
Adik perempuan mu?kakak mu?bahkan saudara-saudara perempuan mu?
Sedarkah kau ADAM, tatkala HAWA diperintahkan untuk terjun ke neraka kerana dosa-dosa didunia, mereka berhak menarik 4 ADAM untuk menemani mereka mengazabkan diri dengan maraknya api panas itu?
4 ADAM itu adalah; suami, ayah, adik lelaki, abang dan saudara lelaki nya.
Mahukah kau menerima azab bersama HAWA?

ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Ya-Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.

ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Sama ada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.
Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.

ADAM....
Kasihanilah HAWA...
Jangan kau nodakannya dengan sentuhan-sentuhan dan kata-kata romantismu yang kononnya tanda sayang dan cinta sebelum ada akad yang menghalalkan kau berbuat begitu.
Adakah engkau yakin dengan mencintainya sebelum nikah, dia adalah milikmu yang sah pada masa akan datang?
Tahukah engkau, ada 5 perkara yang ALLAH sembunyikan dari pengetahuan kita ADAM...
Jodoh, maut, rezeki, hari kiamat dan malam lailatul qadar.
Alhamdulillah, jika kekasih mu itu menjadi isteri mu nanti.
Jika dia diciptakan untuk ADAM lain, bagaimana ADAM?
Dimana letaknya kesucian seorang wanita?
ADAM yang benar-benar layak untuknya hanya layak menerima yang 2nd hand.
Kau juga ADAM seperti ADAM itu.
Apa perasaan mu jika isteri mu pernah menyerahkan hati nya untuk ADAM lain sebelum mu. Kecewa bukan bila kau terpaksa berkongsi hati itu bersama ADAM yang lain?

ADAM...
Dia telah berjanji...
ADAM yang baik untuk HAWA yang baik.
Mengapa kau menafikan janji Pencipta kita?Dia tidak pernah memungkiri janji.
Dia melarang kau mencintai dan berkasihan dengan HAWA sebelum ada akad yang menghalalkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepadamu dan seluruh hidupmu. Jikalau cinta haram mu itu membuahkan benih-benih yang terlarang, adakah pasti keturunan mu?
Sedangkan dihari perhitungan nanti, kau akan bertanggungjawab keatas keturunanmu.
Jika benih itu adalah seorang HAWA, kau layak berkahwin dengan nya.
Kerana kau tiada hak untuk menjadi wali kepadanya. Bukankah itu satu penghinaan Tuhan?

ADAM...
Tatkala jari-jari HAWA menari di atas keyboard, hati HAWA meruntun hiba. Kerana HAWA lemah...HAWA perlukan ADAM yang dekat pada Rabb untuk memimpin HAWA menuju Nya...
Dekatkanlah dirimu pada Pencipta kita ADAM...
Supaya HAWA tidak hilang harapan hidup didunia. Supaya HAWA tidak menarik ADAM menuju siksa neraka, dan kita derita bersama.
Biarlah HAWA dihias dengan bidadari dan menunggu ADAM menuju syurga ALLAH...agar kekal bahagia di pengabdian..

- HAWA -

May Allah bless;