Sebagai Islam dan Kristian telah selalu dianggap sebagai musuh-musuh ketat selama 1400 tahun. Kekal bertengkar sehinggalah hari kiamat di mana pada hari pembangkitan, Tuhan akan menamakan pemenangnya. Pertengkaran budaya ini telah menegangkan lagi hubungan antara kedua-dua agama ini yang merangkumi peperangan salib, hinggalah peperangan atas nama keganasan. Kisah-kisah ketidakpercayaan yang kadangkala bertukar menjadi kemarahan dan hanya boleh diselesaikan dengan peperangan. Namun, terdapat lagi satu kisah..ia adalah kisah yang dikaitkan dengan seorang lelaki yang berbillion Muslim dan Kristian percaya dan menggelarnya, Nabi Penyelamat tetapi dengan cara yang berlainan iaitu Jesus (Nabi Isa). Agama Kristian tidak ada hak penuh untuk mengaku Nabi Isa hak milik Kristian kerana baginda juga salah seorang Nabi yang dihormati di dalam Islam. Kisah-kisah kelahiran, kehidupan dan kematian Nabi Isa mungkin kurang selesa bagi penganut Kristian yang hanya segelintir tahu berkenaanya. Seseorang tidak boleh memeluk Islam selagi dia tidak percaya akan Nabi Isa. Jumaat adalah hari suci bagi umat Islam dan di London, umat Islam berkumpul untuk bersolat. Ia adalah satu kewajipan yang harus ditunaikan di London dan juga di setiap masjid yang lain di dunia.
Di dalam Negara-negara Islam, Jumaat adalah hari cuti, namun di Britain mereka bergegas keluar dari pejabat untuk pergi ke masjid. Ramai yang akan terlepas mendengar khutbah yang akan disampaikan dan bagaimana untuk mengambil iktibar dari Nabi isa. Imam Ahmed Saad (Imam, North London Cental Mosque)berkata, Kita mengingati Nabi Isa (A.S) kerana terdapat sesuatu yang unik denganya. Beliau menambah lagi, jika kamu mahu memperkenalkan Islam kepada seseorang kamu perlu memberitahunya dengan penuh kepercayaan, kamu perlu berkata: “Saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah dan saya juga bersaksi bahawa Nabi Isa adalah hamba dan pesuruh Allah seperti juga Muhammad!”. Jika kamu betul-betul muslim, kamu mesti percaya akan para nabi yang lain. Kamu kena percaya dengan Nabi Isa dan Nabi Musa, dan kami betul-betul percaya akan mereka. Kami memahami bahawa Nabi Isa amat-amat penting dalam Islam dan dalam Quran juga terdapat banyak bahan yang bercerita tentang baginda. Nabi Isa memulakan dakwah dan Muhammad melengkapkanya, pengakhiran baginya. Ia macam satu agama! Al-quran memanggil Jesus sebagai Nabi Isa dan merujuknya sebagai seorang anak kepada Maryam. Ini berlainan dari Kitab Injil yang merujuk Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Baginda diberi begitu banyak nama di dalam Al-Quran seperti “kata-kata Tuhan” dan juga”Jiwa Tuhan” tetapi terlalu banyak kali baginda dipanggil Isa anak kepada Maryam, Isa anak kepada Maryam, Isa anak kepada Maryam kerana baginda dilahirkan tanpa seorang ayah. Kehidupan Nabi Isa yang ringkas mendapat perhatian kebanyakkan muslim hari ini. Muslim mempelajari tentang Nabi Isa melalui Al-Quran iaitu kitab suci. Dan juga daripada hadith yang merupakan pengumpulan kata-kata dari Nabi Muhammad. Seorang pengkaji agama, Karen Amstrong mengatakan “Berulang–ulang kali Tuhan berkata di dalam Al-Quran bahawa Al-Quran tidak diturunkan untuk menghapuskan ajaran kitab Injil ataupun mana-mana kitab yang lain”. Didalam Al-quran juga Tuhan berkata:”Kami menceritakan kisah-kisah yang paling benar kepada kamu”.
Kebanyakkan kisah yang terdapat di dalam kitab Injil, boleh juga dijumpai di dalam Al-Quran. Terdapat kisah tentang mukjizat Nabi Isa, terdapat juga satu surah yang dinamakan Maryam. Satu perkara di dalam Quran yang mungkin kamu akan perasan ialah kebanyakkan watak yang kita jumpai di dalam kitab Injil juga terdapat di dalam Quran! Seperti Adam, Habil dan Qabil, Zakaria ada disitu, Ilyas juga disitu, Sulaiman ada, Daud ada, Firaun ada, Yahya juga ada, Nabi Isa, Musa, Nuh, Ibrahim, dan lain-lain. Tetapi kamu akan jumpa versi-versi yang diperbaharui tentang kisah mereka yang kadangkala berbeza dari kitab Injil.
• Isi penting 1 (watak-watak utama kitab Injil juga merupakan watak-watak utama Al-quran)
• Isi penting 2 (kepentingan Nabi Isa di dalam Al-Quran)
Nabi Isa disebutkan sebanyak 154 kali didalam Quran, dalam 19 surah! Lebih banyak dari Nabi Muhammad sendiri!
Quran 3:45-51 surah Al-Imran (The Family of Imran)
(Ingatlah ) ketika Malaikat berkata:”Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan kalimah Allah, nama anak itu: Al-Masih Ibni Maryam, seorang yang terkemukan didunia dan akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang diberi kemuliaan oleh Allah.(Al-Imran:45)”
Dan juga Maryam binti Imran yang telah memelihara kehormatan dan kesucianya: maka Kami perintahaln Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya roh (ciptaan) Kami; dan ia mengaku kebenaran Kalimah-kalimah Tuhanya serta kitab-kitab Nya; dan ia menjadi orang yang tetap taat. (At-Tahriim:12)
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat..(Az-Zukhruf:61)
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Quran) dengan mengandungi kebenaran yang mengesahkan isi Kitab-Kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan ia juga yang menurunkan Kitab Taurat dan Injil. (Al-Imran:3)
“Kami telah memberi Muhammad ilham sebagaimana Kami memberikanya kepada Nuh dan nabi-nabi selepasnya; Kami memberi ilham kepada Ibrahim, Ismail,Ishak, Ya’kub dan lepada kaum Nabi Isa, Ayub, Yunus dan Sulaiman dan juga Daud.”
Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah, dan juga kepada apa yang telah disampaikan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan lepada Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub dan anak-anaknya dan juga kepada Nabi Isa, Musa dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka dan kami semua adalah Islam (yang tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.(Baqarah:135-141)
Sudah tiba masa kamu bangun dan sedar bahawa kamu mengikut ajaran dan pesanan yang sama yang datang dari tuhan yang sama, menyokong matlamat yang sama. Namun, mengapa semua pesanan ini tidak pernah didedahkan? Mengapa kisah ini tidak diceritakan kepada orang ramai? Mengapa kita telah selalu diajar untuk menganggap diri kita semua berlainan dan lebih bahaya lagi, sebagai musuh? Kerana memecah-belah dan memerintah adalah motonya dan mencipta perbezaan dan pembahagian adalah salah satu alat berguna kepada mereka yang berkuasa.
Seorang imam di Britain menyampaikan ilmunya kepada kanak-kanak yang masih muda..ianya berbunyi, Allah memberitahu Nabi Isa(A.S) dan memberinya beberapa peraturan baru! Allah memberinya sebuah kitab yang bernama Injil sama seperti Dia memberikan Al-quran kepada Nabi Muhammad selepasnya. Apa yang saya tekankan ialah persamaan di antara Islam dan Kristian. Ianya perlulah diajar kepada anak-anak kita supaya apabila mereka membesar nanti mereka boleh mula memahami bahawa kita semua berasal dari sumber yang sama dan kita juga mempunyai pandangan yang sama.
Kita sebagai Muslim, perlu betul-betul percaya akan Nabi Isa ibni Maryam seperti kita percaya baginda akan kembali sebagai seorang Nabi di akhir zaman.
No comments:
Post a Comment