persoalan yang dijawab oleh Dr. Mashitah...mari kita kongsi bersama.
ADAKAH benar tidak digalakkan meletak nama di atas batu nisan kerana ditakuti Yakjuj Makjuj akan memanggil roh si mati di akhir zaman nanti.Ini dikatakan adalah antara sebab mengapa kubur di Johor banyak dibuang nama dan diganti dengan nombor saja??
jawapan:
Saya belum lagi berjumpa dengan hadis atau sebarang kata-kata yang menjelaskan bahawa nama di nisan orang mati tidak boleh diletakkan kerana bimbang akan dipanggil Yakjuj dan Makjuj seperti yang dinyatakan. Nama di batu nisan asalnya diletakkan bagi memudahkan mereka yang hidup seperti ahli keluarga menziarahi dan mengenali kubur saudara mara. Jika sistem lain dirasakan lebih memudahkan seperti sistem nombornya misalnya maka tidak menjadi masalah melakukannya demi memudahkan, tetapi bukan kerana alasan yang disebutkan tadi.
camne eja batu nisan yg btol??
ReplyDeletehaha, conpius gak..
pape hal, korg dh tempah blom batu nisan..
bak kate or, sdiekan payong sblom ujan..
hahaa, x gitu admin??
y0lah..mcm ni eja batu nisan.."BATU NISAN"
ReplyDeletehehehe...xyah tempah skang..smpai mse yer..ad 0rg yg t0l0ng kite tempahkan..=p