Wednesday, May 12, 2010

kehidupan yang bergelar insan

salam...pada post kali ini aku ingin menyentuh sedikit tentang kehidupan kita yang bergelar insan..dalam menghadapi kehidupan sehari-harian kita ini pelbagai ragam manusia yang kita temui dan harungi. kadang aku merasa tidak adil dengan apa yang berlaku, lihat sajalah ada yang kaya ada, yang sederhana dan juga miskin, ada yang jahat ada juga yang baik tidak ketinggalan juga ada yang pertengahan..tetapi itulah realiti hidup kita didunia ini, dan aku sedar setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebalik tembok kukuh yang terbina ini. manusia dikurniakan dengan akal, jelas menunjukkan bahawasanya kita berbeza dengan makhluk ciptaanNya yang lain..tetapi, mengapa mereka tidak dapat berfikir dengan waras?? adakah ianya kerana faktor sekeliling yang mendesak untuk melakukan perkara2 yang tidak berfaedah serta memudaratkan diri..adakah ianya didorong kerana untuk menutupi kesalahan dan kesilapanya sendiri. bagi golongan yang baik2 atau sederhana tingkatkanlah kelakuanmu itu..bagi yang tidak tergolong, perbaiki lah diri sebelum terlambat.sebagai insan yang cemerlang kita seharusnya bertanggungjawab untuk membantu insan yang tidak mendapat dorongan dan lemah, jangan pula kita menindas dan mempergunakan mereka sebagai satu bahan uji kaji yang yang membolehkan kita bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan hati dan perasaan mereka.bagi golongan2 tersebut sedarlah bahawasanya kita semua adalah makhluk ciptaanNya yang ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi yang indah ini.bantulah mereka yang tidak berupaya membina kehidupan dan menikmati kehidupan seharian dengan hati yang senang. sejujurnya, didunia yang serba moden ini...tidak mudah bagi kita untuk mengharungi kehidupan seharian..tetapkan lah iman didada..jangan sampai alpa dengan hiburan2 yang boleh menenggalamkan hati dengan warna2 kehitaman..sebagai insan salinglah kita ingat mengingati..aminnn

No comments:

Post a Comment