Saturday, May 8, 2010

perintah bertudung

salam..last week, ada seorang rakan aku telah mengetagged aku di FB berkenaan perintah bertudung..and aku berasa bertanggungjawab untuk berkongsi apa yang dia bagi di blog ini..

ya! bertudung itu memang wajib, kerana perintah bertudung itu adalah daripada perintah Allah sendiri!:

Allah berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

(Surah al-Nur, ayat 31)

ayat di atas jelas menunjukkan bahawa semua perempuan islam wajib bertudung, tetapi AWAS!, jangan kita terlalu gembira, sehingga melupakan daratan, bahkan kita perlu bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

(Surah Ar-Ruum ayat 36)

mereka yang tidak bertudung, memang teramat rugi besar, kerana mereka tidak dapat merasakan betapa nikmatnya menutup aurat, betapa indahnya ikut suruhan atau perintah Allah...tetapi, kita sebagai orang yang mengetahui, sepatutnya menasihati dan mengajari mereka, bukan kita mengherdik atau memperlekehkan mereka.

disini saya meletakkan antara sebab-sebab atau alasan 'lain' kenapa mereka enggan bertudung:

ada diantara mereka tidak pernah tahu bahawa menutup aurat atau memakai tudung itu adalah satu perkara wajib bagi setiap perempuan islam yang telah mencapai akil baligh, dan juga ianya daripada Allah, apa yang menyedihkan lagi, ada juga diantara mereka keliru apabila melihat ada yang bertudung, dan ada yang tak bertudung, mereka keliru dan mereka beranggapan bahawa pemakaian tudung bukanlah satu kewajipan, tetapi hanya sekadar satu 'fesyen' atau 'adat' orang arab!, nak pakai pun boleh!, tak nak pakai pun boleh!, WALLAHI saya teramat sedih dengan mereka yang tidak mendapat ajaran Islam yang sebenar.

ada setengah mereka yang bertudung bongkak dan angkuh, seolah-olah Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka!, tapi sayangnya, mereka masih belum jelas dan masih belum memahami hakikat menutup aurat.

sedara sedari, cuba kita buat survey terhadap mereka yang bertudung, tanyakan pada mereka kenapa mereka bertudung?, pasti kita akan dapati berbagai-bagai jawapan, malangnya kebanyakan jawapan tersebut tidak menepati Islam. Bahkan kalau kita tanyakan pada mereka, berikan satu ayat daripada Al-Quran yang memerintahkan kewajipan bertudung, nescaya ramai takkan dapat memberikan ayat tersebut, malah surah dan ayat keberapa pun mereka tidak mampu berikan.

Jadi bersikaplah neutral, berlapanglah dada, buatlah sesuatu ikhlas untuk mendapatkan keridhoaan Allah, dan bantulah mereka yang perlukan bimbingan dan panduan, nasihatlah mereka yang memerlukan secara ilmiah.

No comments:

Post a Comment