The Divine Book ialah, sebuah perjalanan yang akan menerokai Al-Quran dalam usaha memahami isu kandunganya yang mengagumkan. Sheikh Ahmed Deedat telah menerangkan bahawasanya agama-agama di dunia boleh dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu, yang pertama dipanggil agama-agama Aryan, dan keduanya dipanggil agama-agama Semitik. Antara agama-agama Aryan ialah agama Hindu, Buddha, dan Zoroastrian. Itu semua dari golongan Aryan. Manakala, antara agama semitik pula ialah agama Yahudi, Kristian, dan Islam. Gabungan ketiga-tiga kepercayaan ini merangkumi atau berasakan kesatuan Tuhan. Kerana di dalam ASAS ajaran agama Nabi Musa, Isa, dan Muhammad S.A.W tidak ada walau satu pun perbezaan!! Tuhan telah mengurniakan manusia dengan logik dan akal fikiran. Dengan melalui 2 alat inilah manusia akan dapat mencapai kebenaran dan kebijaksanaan sejati. Bagaimanapun, diantara PENGGOLONGAN agama, terdapat banyak perbezaan. Apabila saya(Sheikh Ahmed Deedat) berkata tiada perbezaan diantara ASAS agama-agama ini, saya bermaksud seperti suruhan pertama. Suruhan pertama yang diberi oleh Tuhan Maha Besar kepada Nabi Musa. Didalam bahasa Hebrew ada menyebut yang bermaksud, sinilah Israel, Tuhan kita, Tuhan kita Maha Satu. Lebih kurang 1350 tahun selepas itu seorang lelaki dari kaum Yahudi dating kepada NAbi Isa(A.S) dan menyoal baginda “Tuan, apakah suruhan pertama agama?” Nabi Isa menjawab dalam bahasa Hebrew, “Sinilah Israel, Tuhan Kita Maha Satu”. Baginda mengulangi perkataan-perkataan sama yang telah dikatakan oleh Nabi Musa 1300 tahun yang dahulu! Kerana didalam ASAS-ASAS agama dan kepercayaan, tiada apa yang beza sekalipun. Baginda mengesahkan kata-kata dari Nabi Musa. Lebih kurang 600 tahun selepas Nabi Isa..seorang wakil Kristian datang kepada Nabi Muhammad di Madhinah. Mereka berdua berbual selama 3 hari 3 malam, di Masjid Nabawi iatu Masjid Nabi Muhammad. Didalam perbualan mereka, wakil Kristian itu mengemukakan satu soalan kepada Nabi Muhammad..”Beritahu saya, apakah konsep kamu tentang Tuhan?” dan baginda Nabi Muhammad (S.A.W) membalas: “Katakanlah: “(Tuhanku)” ialah Allah Yang Maha Esa;” (Surah Al-Ikhlas:1) Nabi Muhammad berkata “Ahad” yang bermaksud SATu-SATUNYA..Nabi Isa berkata “Ikhad” yang bermaksud SATU-SATUNYA..Nabi Musa berkata “Ikhad” yang bermaksud SATU-SATUNYA. Apa bezanya? Ia adalah perkataan sama yang maksudnya juga sama, fikirkanlah.
DIVINE BOOK PART3 ???????????
ReplyDelete